Pada hari sabtu (18 Julai 2009) yang lepas, Program Pendidikan Khas Zon Merlimau telah mengadakan Kem Bestari Solat J-Qaf untuk murid berkeperluan Khas. Program ini telah dikelolakan oleh SK Batu Gajah. Selama seminggu kami bertungkus lumus menyediakan kelengkapan,keperluan dan bahan - bahan yang akan diperlukan untuk program ini. Setinggi - tinggi penghargaan kepada pihak pentadbir, guru - guru pendidikan khas dan pempantu pengurusan murid kerana bertungkus lumus menjayakan Kem Bestari Solat J-Qaf Pendidikan Khas ini.
Hampir setiap hari kami ke Unit Pendidikan Khas, Jabatan Pelajaran Melaka kerana membuat persiapan untuk Kem Bestari Solat ini . apatah lagi dalam masa yang sama kami membuat persediaan untuk Pemilihan Bowling bagi mewakili Zon Merlimau ke Pertandingan Bowling Pendidikan Khas Negeri Melaka.
Alhamdulillah... Pada hari yang ditetapkan, Kem Bestari Solat J-Qaf Zon Merlimau telah berlansung dengan jayanya. Sambutan juga yang diterima juga amat menggalakkan. Boleh dikatakan semua sekolah rendah yang mempunyai Program Pendidikan Khas menyertai Kem Bestari Solat ini.
Fasilitator yang dilantik juga menyediakan bahan yang menarik dan bersesuaian dengan topik yang telah diberikan.
Sembahyang Zohor secara berjamaahyang diimamkan oleh Naib Pengerusi Zon Merlimau juga diadakan pada waktu tengahari. Pada sebelah petang, berlansungnya Majlis Perasmian Penutupan Kem Bestari Solat J-Qaf. Walaupun Guru Besar SK Batu Gajah tidak dapat hadir kerana mengikuti kursus PTK, wakil dari pihak pentadbir telah merasmikan majlis tersebut. GPK Kurikulum, Pn. Hjh. Habibah binti Ahmad telah merasmikan majlis tersebut. Dalam ucapannya, beliau menyatakan rasa bangga kerana program yang berunsur keagamaan tidak diketepikan dan berharap agar program seperti ini dapat diteruskan pada masa akan datang.
Semoga usaha seperti ini akan diteruskan bagi memurnikan lagi pegangan agama murid - murid berkeperluan khas dan memberi kesedaran tentang tanggungjawab mereka sebagai umat islam... INSYAALLAH
KEM BESTARI SOLAT J-QAF PENDIDIKAN KHAS
MINGGU B. MELAYU
Sebagai tanda menyokong program bulan julai bulan membaca Program Pendidikan Khas SKBG telah mengadakan minggu Bahasa Melayu. Selama seminggu program kami mengadakan minggu Bahasa Melayu. Tujuan minggu bahasa melayu diadakan adalah untuk menanam minat mencintai bahasa ibunda ini....
pelbagai aktiviti telah diadakanantaranya seperti kuiz, tulisan cantik, membaca petikan, permainan Sahiba dan explorace.....
murid - murid memberikan kerjasama yang baik dan menunjukkan minat dalam aktiviti yang diadakan.
Aktiviti yang paling mereka minati adalah aktiviti explorace....
semoga aktiviti seperti ini akan terus diadakan bagi menambahkan lagi pengetahuan murid - murid dalam menguasai Bahasa Melayu...
SEKALUNG TAHNIAH
program pendidikan khas SKBG ingin mengucapkan tahniah kepada salah seorang guru kami yang dapat mengikuti kursus praijazah selama 14 minggu.
kepada cikgu Shahrul... tahniah. guru - guru dan murid - murid PPKI SKBG mendoakan semoga cikgu shahrul berjaya dalam semua bidang yang diceburi.....jangan lupakan kami disini.
AKTIVITI KH: Membuat roti naik
Setiap hari khamis kami akan belajar subjek kemahiran hidup.
Banyak aktiviti yang kami lakukan dalam subjek KH.
Membuat roti naik adalah salah satu aktiviti masakan yang kami buat.
Mungkin bagi orang seperti kita akan menganggap
tidaklah susah membuat roti naik...
Tetapi bagi murid - murid ini setiap perkara adalah baru.
Walaupun penat tetapi murid - murid berasa gembira dan teruja membuat roti naik.
Antara bahan - bahan untuk membuat roti naik:
tepung gandum
telur
minyak sapi @ majerin
gula
ibu roti
air
bahan hiasan
Cara membuat:
Gaulkan tepung bersama bahan - bahan lain. Uli sehingga menjadi doh.
Uli sehingga doh menjadi ringan. bentukkan doh menjadi bola - bola kecil. Letakkan didalam loyang dan letak hiasan. Tutup doh dengan tuala lembab sehingga doh kembang.
Apabila doh kembang, bolehlah dibakar...
Selamat mencuba....
PERTANDINGAN TARIAN ZON MERLIMAU
Walaupun mereka agak ketinggalan
dalam pelajaran, tetapi mereka perlu diberi peluang yang sama rata dengan kanak - kanak biasa. ini merupakan salah satu pertandingan peringkat zon yang disertai oleh murid kami..... pertandingan tarian kebudayaan... pertandingan tarian kebudayaan ini disertai oleh sekolah yang berada didalam zon merlimau....
antara tarian yang dipersembahkan adalah tarian Jingling Nona, Dondang Sayang, dan banyak lagi... PPKI SKBG mempersembahkan tarian Dondang Sayang.... Murid - murid dan guru bertungkus lumus berlatih untuk pertandingan ini.... cuti sekolah selama seminggu digunakan sepenuhnya untuk berlatih dan mengikuti rentak.....
walaupun tidak berjaya menjadi juara, murid - murid dan guru berpuas hati dengan persembahan yang kami tunjukkan.... kami berazam akan memberikan persembahan yang lebih baik dan gempaq pada tahun hadapan.... insyaallah.
.
.