KEM BESTARI SOLAT J-QAF PENDIDIKAN KHAS






Pada hari sabtu (18 Julai 2009) yang lepas, Program Pendidikan Khas Zon Merlimau telah mengadakan Kem Bestari Solat J-Qaf untuk murid berkeperluan Khas. Program ini telah dikelolakan oleh SK Batu Gajah. Selama seminggu kami bertungkus lumus menyediakan kelengkapan,keperluan dan bahan - bahan yang akan diperlukan untuk program ini. Setinggi - tinggi penghargaan kepada pihak pentadbir, guru - guru pendidikan khas dan pempantu pengurusan murid kerana bertungkus lumus menjayakan Kem Bestari Solat J-Qaf Pendidikan Khas ini.

Hampir setiap hari kami ke Unit Pendidikan Khas, Jabatan Pelajaran Melaka kerana membuat persiapan untuk Kem Bestari Solat ini . apatah lagi dalam masa yang sama kami membuat persediaan untuk Pemilihan Bowling bagi mewakili Zon Merlimau ke Pertandingan Bowling Pendidikan Khas Negeri Melaka.

Alhamdulillah... Pada hari yang ditetapkan, Kem Bestari Solat J-Qaf Zon Merlimau telah berlansung dengan jayanya. Sambutan juga yang diterima juga amat menggalakkan. Boleh dikatakan semua sekolah rendah yang mempunyai Program Pendidikan Khas menyertai Kem Bestari Solat ini.
Fasilitator yang dilantik juga menyediakan bahan yang menarik dan bersesuaian
dengan topik yang telah diberikan.

Sembahyang Zohor secara berjamaahyang diimamkan oleh Naib Pengerusi Zon Merlimau juga diadakan pada waktu tengahari. Pada sebelah petang, berlansungnya Majlis Perasmian Penutupan Kem Bestari Solat J-Qaf. Walaupun Guru Besar SK Batu Gajah tidak dapat hadir kerana mengikuti kursus PTK, wakil dari pihak pentadbir telah merasmikan majlis tersebut. GPK Kurikulum, Pn. Hjh. Habibah binti Ahmad telah merasmikan majlis tersebut. Dalam ucapannya, beliau menyatakan rasa bangga kerana program yang berunsur keagamaan tidak diketepikan dan berharap agar program seperti ini dapat diteruskan pada masa akan datang.

Semoga usaha seperti ini akan diteruskan bagi memurnikan lagi pegangan agama
murid - murid berkeperluan khas dan memberi kesedaran tentang tanggungjawab mereka sebagai umat islam... INSYAALLAH

0 comments:

Post a Comment